Wednesday, September 22, 2010

ULASAN FILEM (ROH SARA)


   Filem Roh Sara ini  mengisahkan satu cerita seram yang membabitkan kehidupan keluarga Sara,Hafiza dan Jiman.Sara dan Hafiza selalu didera  oleh Jiman yang merupakan suami Hafiza. mereka sering mengalami ketakutan dan trauma dengan tindakan Jiman yang selalu mendera mereka. Hal ini demikian kerana Jiman seorang yang pemabuk,panas baran,  dan kaki pukul. Apabila dia pulang dalam keadaan mabuk dia akan memukul Sara dan Hafiza.Mak Jenah yang selalu membela nasib yang dialami oleh anak dan cucunya, sehinggakan dia sendiri telah di halau oleh rumah banglo terbabit.Dia yang kecewa dan  dengan tindakan menantunya yang menghalaunya keluar dari rumah terbabit sehinggalah dia mendapat berita dengan kematian Sara, Hafiza, dan Jiman sehingga terkeluar biji mata. Keadaan mayat keluaraga ini amat mengerikan dan menakutkan dan kematian keluarga ini penuh dengan misteri dan tidak siapa tahu akan bagaimana peristiwa sebenar ini berlaku.
   Sembilan tahun kemudian,Dina,suami dan anaknya telah berpindah ke rumah banglo terbabit Segala peristiwa yang berlaku di rumah terbabit telah di alami  sendiri oleh Dina dan anaknya,Lea.Mereka mengalami banyak peristiwa yang amat menakutkan itu. Dina mengalami bayangan bagaimana keluarga ini mengalami penderitaan.Sehinggakan mereka mengalami peristiwa yang dasyat yang hampir meragut nyawa mereka sendiri iaitu apabila suaminya tidak sedarkan diri dan hapir membunuh anak dan isterinya.Apabila terdengar azan barulah suaminya tersedar.
   Setelah peristiwa terbabit berlaku mereka mengadakan doa tahli supaya roh kematian keluarga Sara akan tenang dan meminta supaya peristiwa tersebut tidak berlaku lagi.

Skrip cerita Roh Sara ini banyak memaparkan cerita yang seram dengan penggunaan kamera kostum hantu.Skrip yang dilakonkan juga selalu mengejutkan menonton.Selain itu juga,ianya banyak memaparkan sikap orang melayu yang kurangnya didikan agama sehingga sanggup minum arak dan bersosial.Saya lebih menyukai cerita ini yang banyak memaparkan peristiwa-peristiwa yang amat menarik perhatian menonton.Selain daripada itu juga ianya diterbitkan sendiri oleh Rita Dewi.Saya juga amat meminati lakonan  Zamarul Hisham dan Sulastri Sopia  yang pandai melakonkan felem ini.        


Penghakiman mengatakan felem Roh Sara adalah wajar ditonton kerana cerita ini banyak diselitkan pengajaran yang boleh diambil oleh cerita tersebut.Hal ini demikian kerana didikan agama adalah amat penting dalam kehidupan kerana dengan tidak adanya didikan agama seseorang manusia itu akan terpengaruh dengan hasutan syaitan.


Nama pengarah cerita Roh Sara ini adalah Syed Idris Nordin