Saturday, October 16, 2010

Ulasan artikel yang bertajuk:"Mencari dinamik politik kampus"

NORAMANINA BINTI MOHD GHANI
SBLM 1023 :PENGANTAR PENULISAN

PEMERENGGANAN

a)Ayat tesis

Fenomenan 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa    berlaku dalam mana-mana negara di dunia.Fenomenan ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan latang dalam menyatakan pendirian mereka.Tindakan secara  agresif dalam menyuarakan pandangan,ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis.Hal ini juga  dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

b)Ayat Topik

Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula perlaksanaan di semua kampus adalah gelanggang perdana          kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu.

c) (1)Perenggang deduktif

Kewujudan pelajar yang lantang bersuara semamangnya tidak dapat dinafikan.Sebagai entiti yang  bebas       dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, penyataan suara dan pandangan  mereka  sentiasa kedengaran  melewati pelbagai  isu sehingga menyentuh soal  kepimpinan  negara.

    (2)Perenggang  induktif

Dalam hal ini, sukar untukkita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar. Bagaimanapun, kelantangan itu  tidak  sampai  ke tahap  pertembungan  yang boleh mengacam keselamatan  awam apatah lagi negara. Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.

    (3)Perenggang deduktif kompekles

Bagaimana,saya  percaya  perlaksanaan  pemilihan  MPP boleh diperkemaskan  dari semasa ke semasa  supaya  ia mencapai kualiti yang tidak boleh  diragui.Pihak universiti  wajar mengambil iktibar dan mengambil jalan  untuk  memperbaiki  kelemahan jika ada. Seperti  pandangan Timbalan  Menteri Pengajian Tinggi, Datuk  Saifulddin Abdullah bahawa  proses demokrasi di kampus,misalanya wajar menjadi contoh kepada piilihan raya umum kerana  ia berlangsung dalam 'gedung ilmu'. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh  rendah  daripada  pilihan  raya  umum.

d) Perenggang pengenalan -teknik yang digunakan

Menggunakan Analogi
Fenomena ' the  angry young man' atau golongan muda yang marah-marah  adalah satu keadaan  yang berlaku  dalam keadaan  yang biasa berlaku  dalam mana-mana dunia.Fenomena  ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal  dan lantang dalam menyatakan  pendirian mereka . Tindakan  secara agresif dalam  menyuarakan  pandangan ini memperlihatkan  sifat merekka yang idealis. Hal ini juga  dibantu dengan tahap  pendidikan  dan aksese maklumat yang  mereke  peroleh.

e)Perenggang penutup

Perpecahan di kalangan  pelajar sebelum,menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki, meskipun prbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraikan,pelajar  harus bersatu.Pertikaian  yang berpanjangan tidak akan  diamanahkan .penuhilah kepercayaan itu sebagai satu  tasrif glamor yang  gemerlapan. Jawatan  bukannya alasan untuk bermegah-megah  jauh  sekali menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

f) Perenggang Transisi

Tiada dalam catatan

g)Perenggang dialog

Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri  Mohamed Khaled Nordin, perlaksanaan  e-undi sewajarnya tidak boleh  dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi. Apa yang  penting jelasnya,kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan . Tegah beliau,apa  jua sistem yang terbaik di dunia  jika tidak didukung dengan keyakinan,ini pasti mengundang masalah.

h)3 ciri perenggan yang baik

  1)Kepautan

Selain itu, pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)yang  diadakan setiap tahun boleh wujud meskipun menjadi contoh terbaik bagaimana prtembungan  idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaa tidak terkawal.Perbezaan pandangan dan hujah dalam  saingan untuk  meraih  sokongan misalnya adalah sebahagian daripda rutin menarik yang mewarnai pemilihan  MPP saban tahun.

  2)Kejelasan

Pihak Kementeriaan Pengajian Tinggi (KPT) sendiri menerima apa jua pandangan  bagi memantapkan pelaksaan pemilihan MPP.Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana  memorandun daripada  pelajar asalkan ia dikemukan dengan tertib dan aman.

 3)Kesatuan

Kementerian memandang seriau  perlaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu poses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politikyang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar.Disinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi seperti kbebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin.Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik,bertanggngjawab dan budiman. Lebih penting mereka  menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.

i)Teknik menstruktur idea

 1)Teknik proses

Pemilihan MPP padakali ini yang dilangsungkan di semua IPTA nampknya sudah berakhir.Apa yang menarik,pemilihan pada kali ini disifatkan "panas"kerana  isi perlaksanaan e-undi di Universiti Malaya(UM).E-undi sebelum ini sudad dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Unuversiti Islam Antarabangsa (UIA)

 2)Teknik sebab dan akibat

Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan  MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada  calon yang bertanding.Label seperti proaspirasi dan promohasiswa sebenarnya tidak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar.Sebaliknya ,ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalan lingkungan rakan etnik yang sama sahaja .label seperti  proaspirasi dan  promahasiswa ini  dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara  mereka.

 3)Teknik perbandingam
  
Kepada ahli MPP yamg berjaya dan diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggungjawab yang perlu  ditunaikan dan bukannya tasrif atau glamor yang gemerlapan.Jawatan  bukanya
alasan untuk bermegah -megah jauh  sekali menggunakannya untuk kepentingan peribadi .Pada mereka yang kurang bernasib baik ,kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar atau apa juga yang terkandung dalam manifesto.Tanpa jawatan,mereka juga boleh menyumbang.

Wednesday, September 22, 2010

ULASAN FILEM (ROH SARA)


   Filem Roh Sara ini  mengisahkan satu cerita seram yang membabitkan kehidupan keluarga Sara,Hafiza dan Jiman.Sara dan Hafiza selalu didera  oleh Jiman yang merupakan suami Hafiza. mereka sering mengalami ketakutan dan trauma dengan tindakan Jiman yang selalu mendera mereka. Hal ini demikian kerana Jiman seorang yang pemabuk,panas baran,  dan kaki pukul. Apabila dia pulang dalam keadaan mabuk dia akan memukul Sara dan Hafiza.Mak Jenah yang selalu membela nasib yang dialami oleh anak dan cucunya, sehinggakan dia sendiri telah di halau oleh rumah banglo terbabit.Dia yang kecewa dan  dengan tindakan menantunya yang menghalaunya keluar dari rumah terbabit sehinggalah dia mendapat berita dengan kematian Sara, Hafiza, dan Jiman sehingga terkeluar biji mata. Keadaan mayat keluaraga ini amat mengerikan dan menakutkan dan kematian keluarga ini penuh dengan misteri dan tidak siapa tahu akan bagaimana peristiwa sebenar ini berlaku.
   Sembilan tahun kemudian,Dina,suami dan anaknya telah berpindah ke rumah banglo terbabit Segala peristiwa yang berlaku di rumah terbabit telah di alami  sendiri oleh Dina dan anaknya,Lea.Mereka mengalami banyak peristiwa yang amat menakutkan itu. Dina mengalami bayangan bagaimana keluarga ini mengalami penderitaan.Sehinggakan mereka mengalami peristiwa yang dasyat yang hampir meragut nyawa mereka sendiri iaitu apabila suaminya tidak sedarkan diri dan hapir membunuh anak dan isterinya.Apabila terdengar azan barulah suaminya tersedar.
   Setelah peristiwa terbabit berlaku mereka mengadakan doa tahli supaya roh kematian keluarga Sara akan tenang dan meminta supaya peristiwa tersebut tidak berlaku lagi.

Skrip cerita Roh Sara ini banyak memaparkan cerita yang seram dengan penggunaan kamera kostum hantu.Skrip yang dilakonkan juga selalu mengejutkan menonton.Selain itu juga,ianya banyak memaparkan sikap orang melayu yang kurangnya didikan agama sehingga sanggup minum arak dan bersosial.Saya lebih menyukai cerita ini yang banyak memaparkan peristiwa-peristiwa yang amat menarik perhatian menonton.Selain daripada itu juga ianya diterbitkan sendiri oleh Rita Dewi.Saya juga amat meminati lakonan  Zamarul Hisham dan Sulastri Sopia  yang pandai melakonkan felem ini.        


Penghakiman mengatakan felem Roh Sara adalah wajar ditonton kerana cerita ini banyak diselitkan pengajaran yang boleh diambil oleh cerita tersebut.Hal ini demikian kerana didikan agama adalah amat penting dalam kehidupan kerana dengan tidak adanya didikan agama seseorang manusia itu akan terpengaruh dengan hasutan syaitan.


Nama pengarah cerita Roh Sara ini adalah Syed Idris Nordin

Monday, August 23, 2010

SAJAK UNTUK IBU

Ibu
Setiap deras dengupan jantungmu
Engkau mampu menanpung merasa
Ketika aku;
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam dirimu.

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceritakan dan menghalang
Perasaan yang menentukan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut gembira
Kegembiraan yang menyinar saat
Aku hidup dimuka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tiada sudah-sudah menyusatkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang yang kucurahkan kepadamu
Tidak setanding kasaih sayang ibu kepada anakmu
Namun,terimalah keikhlasanku
untuk menyayangi
Insan yang mulia ini.

CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF

*Menggunakan wacana pelukisan iaitu berupaya membantu penulis mengganbarkan perasaan.Contohnya
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghalang
Perasaan yang menentukan
Semangatku

*Menggunakan bahasa kiasan iaitu membantu penulis memberi gambaran yang lebih jelas kpada pmbaca.Contohnya
Ibu
Selagi hayat dikandung badan

*Bernada puitis iaitu menimbulkan kesan keindahan kepada gambaran yang diberikan.Contohnya
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masi bersamaku
Menolong menylesikan
Masalah yang tiada sudah-sudah mengusatkan
Perjalanan hidupku

*Bersifat komunitatif iaitu penulis cuba menyampaikan apa yang dialami dan dirasai,Contohnya
Setiap deras dengupan jantungku
Engkau mampu menampung merasa
Ketika aka;
Sedih
Gembira
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam hidupmu

*Menggunakan ragam aktif iaitu penggunaan ayat yang pendek.Contohnya
Ketika aku gmbira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup dimuka bumi ini
sebagai manusia

Sunday, August 22, 2010

SAJAK UNTUK AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA

Alhamadulilah.....segala puji bagi Allah atas kurnian yang sangat berharga buatku....... ayahanda dan bonda tercinta yang jauh nun disana.....anakmu di perantauan sentiasa merindui kalian berdua...

Ayahanda yang tercinta....
Masih jelas dalam ingatanku
Saat kau muda bertenaga
Kau habisi peluhmu buat kami berlima
tanpa ada jawapan tidak
kau curahkan segala kasih sayang
demi kemahuan kami,kau turuti semuanya
walaupun puteri puteramu ini tidak pernah membalas
Namun kau teruskan tugasmu tanpa cacat cela.....

Bonda yang tersayang....
Rindu anakmu ini
dengan segaka lenteran yang berguna
Tegahanmu ada hikmatnya
Marahmu ada hikmatnya
marahmu ada pujukannya
mana mungkin akan ku temui
insan yang disebalik wajah itu
ada sekeping hati yang lembut
menunjukkankasih sayang seorang ibu
Biarpun anakmu ini masih tidak mengingati
kau teruskan jua janjimu pada ilahi

Ayahanda dan bonda tersayang
Banyak sudah yang kalian korbankan
kalian berjaya kini mendidik kami
menjadi orang yang berguna
Berbakti kepada anak bangsa
walaupun berjauhan
Namun kalian masih di dalam ingatan
Setiap detik dan waktu

Ayahanda dan bonda
Masih ingat raut kedua-dua wajah kalian
disaat kita berpisah
Ayahanda...masih tidak lekung dengan nasihat bermkna
Bonda...hanya sinaran matamu yang mampu berkata-kata
Aku yang cuma memahami dalam kesuraman suasana
Berpelukan kami seperti tidak mahu dilepaskan

Ayahanda dan bonda
Doakanlah anakmu di sini
meneriskan tugas yang mulia
tanpa yang tersayang disisi
moga dengan restu kalian
Perjuangan anakmu ini sentiasa dipermudahkan

Ya Allah ya tuhan
kasihnilah ibu dan ayahanda
sepertimana mereka nengasihaniku
sewaktu aku masih kecil
Amin ya rabbal alamin


CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF

*Bernada puitis iaitu kata-kata yang lenbut dapat menimbulkan kesan keindahan.Contohnya
   Kau curahkan segala kasih sayang.
*Bersifat komunitatuf iaitu menggambarkan apa yang dirasai,Contohnya
   Masih  ingat raut kedua-dua wajah kalian
   Disaat kita perlu berpisah
*Bersifat ketaksaan iaitu penggunaan bahasa yang tersirat.Contohnya
   Ayahanda...masih tidak lekung dengan nasihat bermakna
   Bonda...hanya sinaran matamu yang mamou berkata-kata
*Menggunakan ragam aktif iaitu penggunaan ayat yang pendek yang memberi fokus kepada pelaku dan aksi.Contohnya
   Aku yang cuma memahami dalam kesuraman suasana
   Berpelukan kami seperti tidak mahu berpisah.
*Menggunakan bahasa kiasaniaitu membantu penulis memberi gambaran dengan lebuh jelas.Contohnya
  Ada sekeping hati yang lembut

Wednesday, August 11, 2010

PANTUN PERANTAU

Ribu-ribu jalan ke Kandis
Landak membawa geliganya
Bondaku tinggal jangan menangis
Anakanda pergi membawa nasibnya
Singkak kotanya tinggi
Asam pauh dari seberang
Kekanda berangkat ditangisi
Badan terbuang di rantau orang

Selasih ditebing tinggi
Kalau tinggi berdaunjangan
Anakanda pergi berdaun jangan
Alamat dagang mati berangan

Pisang kelat digonggan helang
Jatuh ke lubuk Interagiri
Kalau berdagang mati berangan
Alamat dagang mati berangan

Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk Interagiri
Kalau berdagang mati berangan
Baik-baik menjaga diri

Baju baru dalam almari
Baju dijahit tukang pilihan
Kalaulah pandai membawa diri
Ke mana pergi pun orang kasihan

PANTUN BUDI

Dari daik pulang ke daik
sehari-hari berkebun pisang
budi baik dibalas baik
dalam hati dikenang

Tanam lengguh tumbuh kelapa
Terbit bungan pucuk mati
Hati tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi bauk dikenang orang

Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan

Sunday, August 1, 2010

BLOG PERTAMA KALI

Assalamulaikum
Ini merupakan blog yang pertama kali,saya berharap rakan-rakan dapat membantu saya dalam blog ini.