Sunday, August 22, 2010

SAJAK UNTUK AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA

Alhamadulilah.....segala puji bagi Allah atas kurnian yang sangat berharga buatku....... ayahanda dan bonda tercinta yang jauh nun disana.....anakmu di perantauan sentiasa merindui kalian berdua...

Ayahanda yang tercinta....
Masih jelas dalam ingatanku
Saat kau muda bertenaga
Kau habisi peluhmu buat kami berlima
tanpa ada jawapan tidak
kau curahkan segala kasih sayang
demi kemahuan kami,kau turuti semuanya
walaupun puteri puteramu ini tidak pernah membalas
Namun kau teruskan tugasmu tanpa cacat cela.....

Bonda yang tersayang....
Rindu anakmu ini
dengan segaka lenteran yang berguna
Tegahanmu ada hikmatnya
Marahmu ada hikmatnya
marahmu ada pujukannya
mana mungkin akan ku temui
insan yang disebalik wajah itu
ada sekeping hati yang lembut
menunjukkankasih sayang seorang ibu
Biarpun anakmu ini masih tidak mengingati
kau teruskan jua janjimu pada ilahi

Ayahanda dan bonda tersayang
Banyak sudah yang kalian korbankan
kalian berjaya kini mendidik kami
menjadi orang yang berguna
Berbakti kepada anak bangsa
walaupun berjauhan
Namun kalian masih di dalam ingatan
Setiap detik dan waktu

Ayahanda dan bonda
Masih ingat raut kedua-dua wajah kalian
disaat kita berpisah
Ayahanda...masih tidak lekung dengan nasihat bermkna
Bonda...hanya sinaran matamu yang mampu berkata-kata
Aku yang cuma memahami dalam kesuraman suasana
Berpelukan kami seperti tidak mahu dilepaskan

Ayahanda dan bonda
Doakanlah anakmu di sini
meneriskan tugas yang mulia
tanpa yang tersayang disisi
moga dengan restu kalian
Perjuangan anakmu ini sentiasa dipermudahkan

Ya Allah ya tuhan
kasihnilah ibu dan ayahanda
sepertimana mereka nengasihaniku
sewaktu aku masih kecil
Amin ya rabbal alamin


CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF

*Bernada puitis iaitu kata-kata yang lenbut dapat menimbulkan kesan keindahan.Contohnya
   Kau curahkan segala kasih sayang.
*Bersifat komunitatuf iaitu menggambarkan apa yang dirasai,Contohnya
   Masih  ingat raut kedua-dua wajah kalian
   Disaat kita perlu berpisah
*Bersifat ketaksaan iaitu penggunaan bahasa yang tersirat.Contohnya
   Ayahanda...masih tidak lekung dengan nasihat bermakna
   Bonda...hanya sinaran matamu yang mamou berkata-kata
*Menggunakan ragam aktif iaitu penggunaan ayat yang pendek yang memberi fokus kepada pelaku dan aksi.Contohnya
   Aku yang cuma memahami dalam kesuraman suasana
   Berpelukan kami seperti tidak mahu berpisah.
*Menggunakan bahasa kiasaniaitu membantu penulis memberi gambaran dengan lebuh jelas.Contohnya
  Ada sekeping hati yang lembut

No comments:

Post a Comment