Monday, August 23, 2010

SAJAK UNTUK IBU

Ibu
Setiap deras dengupan jantungmu
Engkau mampu menanpung merasa
Ketika aku;
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam dirimu.

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceritakan dan menghalang
Perasaan yang menentukan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut gembira
Kegembiraan yang menyinar saat
Aku hidup dimuka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tiada sudah-sudah menyusatkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang yang kucurahkan kepadamu
Tidak setanding kasaih sayang ibu kepada anakmu
Namun,terimalah keikhlasanku
untuk menyayangi
Insan yang mulia ini.

CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF

*Menggunakan wacana pelukisan iaitu berupaya membantu penulis mengganbarkan perasaan.Contohnya
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghalang
Perasaan yang menentukan
Semangatku

*Menggunakan bahasa kiasan iaitu membantu penulis memberi gambaran yang lebih jelas kpada pmbaca.Contohnya
Ibu
Selagi hayat dikandung badan

*Bernada puitis iaitu menimbulkan kesan keindahan kepada gambaran yang diberikan.Contohnya
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masi bersamaku
Menolong menylesikan
Masalah yang tiada sudah-sudah mengusatkan
Perjalanan hidupku

*Bersifat komunitatif iaitu penulis cuba menyampaikan apa yang dialami dan dirasai,Contohnya
Setiap deras dengupan jantungku
Engkau mampu menampung merasa
Ketika aka;
Sedih
Gembira
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam hidupmu

*Menggunakan ragam aktif iaitu penggunaan ayat yang pendek.Contohnya
Ketika aku gmbira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup dimuka bumi ini
sebagai manusia

5 comments:

  1. syabas amanina

    satu sajak yang bagus..
    teruskan berkarya

    ReplyDelete
  2. Salam...terima kasih cikgu.Saya akan berusaha lagi untuk berkarya.

    ReplyDelete
  3. salam...bonda adalah pengubat segala-galanya.hargailah bonda kita selagi dia masih hidup..dalam keadaan kita gembira atau sedih,bonda sentiasa berada disamping kita...

    ReplyDelete
  4. salam... ibu adalah pemangkin semangat kita,hargailah jasa-jasa pergorbanan mereka.

    ReplyDelete
  5. Walaikumsalam
    Betul tu ibu adalah pemangkin semangat kita tanpa ibu siapa kita di dunia ini.

    ReplyDelete